Pendaftaran Padu Bersama Pedi

17 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Padu” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Staf PEDi membantu peserta untuk membuat pendaftaran PADU melalui website PADU menggunakan telefon pintar. Staf PEDi juga memberi garis panduan untuk peserta melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh sistem PADU. Di samping itu, staf PEDi turut membantu dalam pengesahan maklumat peserta dalam sistem PADU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali